Oh! Arena
Nilai Pasaran Faisal Halim Mengalami Penurunan
Dilaporkan nilai pasaran pemain sayap negara, Faisal Halim mengalami sedikit penurunan semenjak insiden serangan asid yang dialami sebelum ini.
Antara punca nilai pasaran Faisal menurun disebabkan beliau kurang mendapat minit permainan termasuk prestasi semasa di atas padang.
Harga terkini Faisal Halim RM1.63 juta

Menurut transfermarkt, pemain Selangor FC itu memegang tanda harga RM1.63 juta. Sedikit berbeza dengan Disember tahun lalu sebanyak RM1.87 juta.
Walau bagaimanapun, harga pasaran Faisal Halim akan meningkat semula jika kembali mendapat banyak minit permainan selain beraksi cemerlang atas padang.
Faisal kini merupakan pemain keempat termahal Malaysia di belakang Dion Cools, Arif Aiman dan Matthew Davies.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM