Connect with us

Oh! Media

Iqbal Zulkefli Akhirnya Beri Respon Isu Bekas Adik Ipar Dakwa Difitnah Dan Bakal Saman RM5 Juta!

Untitled Design   1

Oh! Tidak

Iqbal Zulkefli Akhirnya Beri Respon Isu Bekas Adik Ipar Dakwa Difitnah Dan Bakal Saman RM5 Juta!

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Ayunieso atau nama sebenarnya Anes Ayunie Osman mendakwa Iqbal Zulkefli telah mencemarkan nama baiknya sehingga menjejaskan perniagaannya. Dakwaan itu juga disertakan dengan tuntutan saman berjumlah RM5 juta!

Terbaru! Menurut laporan Harian Metro, usahawan dan penyanyi lagu Hujan itu tampil memberi respon dan berkata dirinya masih belum menerima sebarang surat saman rasmi daripada bekas adik iparnya itu.

“Alamat salah, surat belum sampai” – Iqbal Zulkefli

2f4e112e 1807 4714 93c8 c36e6800df4c

Usahawan itu juga mengakui yang dirinya ada mendengar ura-ura bakal disaman disebabkan dakwaan itu sebelum ini.

IKLAN

Mengenai surat saman, katanya dia (Ayunie) saman, tapi tak sampai kepada saya sebab alamat salah dan katanya, saya tak melantik peguam. Sebenarnya saman itu bermula daripada adik saya, Weldan, yang sedang jalankan. Jadi kita selesaikan satu per satu.

Iqbal juga menjelaskan yang saman itu bermula daripada adiknya, Weldan yang kini sedang dijalankan dan akan diberikan keutamaan.

Bertindak secara peringkat

333cb4eb 4fdf 4708 a25d e593f12373f4

Mengulas lanjut mengenai tindakan susulan, Iqbal menyatakan semuanya akan dilakukan mengikut keutamaan dan berperingkat.

Sudah semestinya akan ada tindakan susulan, cuma biarlah ia selesai secara berperingkat. Kalau boleh, saya tak nak buka aib, tapi dia ‘memaksa’ saya. Jadi, saya beri bukti. Tapi dia masih pusing cerita.

Walaupun kontroversi ini semakin hangat diperkatakan, Iqbal dilihat mahu memastikan semua isu diselesaikan dengan cara yang teratur.

#OhmediaNasihat

Isu saman seperti ini mengingatkan kita untuk berhati-hati dalam menuturkan sesuatu, terutamanya di media sosial. Apa yang kita luahkan boleh memberi kesan besar, termasuk kepada maruah dan perniagaan orang lain. 

Jadi, sebelum berkata apa-apa, fikir dulu akibatnya. Jagalah adab dalam perhubungan dan selesaikan masalah dengan matang untuk mengelakkan konflik berpanjangan.

Untitled Design   1

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas