Trending
“Fitnah Itu Lebih Kejam Dari Pembunuhan” – Vivy Yusof Tampil Muat Naik Perkongsian Di Instagram
Baru-baru ini, Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM43.9 juta melalui pelaburan Fashion Valet.
Selepas berita itu tular, netizen mendesak Vivy Yusof untuk memberikan penjelasan tentang kerugian pelaburan dana awam yang berjumlah RM47 juta pada tahun 2018 dan kini bernilai RM3.1 juta.
Instagram story Vivy Yusof



Terbaharu, menerusi laman Instagram, Vivy telah memaut naik satu hantaran memaklumkan dia akan menjelaskan perkara itu pada masa yang sesuai.
Banyak perkara saya nak katakan, tapi tunggu waktu yang tepat. Insyaallah. Untuk sekarang, saya biarkan apa orang nak cakap. Tapi berhati-hati dengan fitnah yang awak sebarkan tentang orang lain.
Dalam satu hantaran lain, Vivy atau nama lengkapnya Datin Vivy Sofinas binti Yusof, juga berkongsi gambarnya yang sedang menerima rawatan di hospital.
Buat masa ini, saya sedang ‘berjuang’ dengan ini.
Vivy memaklumkan dia akan akan memberi respon mengenai isu yang tular tidak lama lagi. Dalam pada itu, usahawan terkenal itu juga telah berkongsi satu hantaran memaparkan ayat dalam surah Al-Baqarah berkaitan dengan fitnah.
Fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan.
Namun, tidak lama selepas itu, hantaran tersebut telah dipadam oleh Vivy.

[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 4 hours ago