Trending
Tular Bendera Asing Dikibarkan Di Johor, Polis Buka Kertas Siasatan
Dilaporkan PDRM telah membuka kertas siasatan berhubung video yang tular semalam menunjukkan bendera luar negara dikibarkan oleh sekumpulan individu di acara perarakan festival budaya antarabangsa di Sentosa.
Saksi Akan Dipanggil

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) mengesahkan kejadian tersebut, satu laporan polis diterima kira-kira jam 3 petang semalam.
Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan 1949, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kita akan memanggil penganjur dan saksi-saksi terbabit acara berkenaan bagi membantu siasatan. – KP Johor, Asisten Komisioner Raub.
Untuk pengetahuan korang, himpunan tersebut membabitkan penganut agama lebih dari 10 negara.
#NasihatOhmedia
Jaga sensitiviti seluruh rakyat di Malaysia dan tidak perlu mengibarkan bendera negara lain tanpa sebab melainkan solidariti terhadap negara Palestin.

Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM