Connect with us

Oh! Media

Wanita Didakwa Kasar Pada Ibu Mentua Dan Cederakan Suami Dengan Gigitan Serta Cakaran

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

Wanita Didakwa Kasar Pada Ibu Mentua Dan Cederakan Suami Dengan Gigitan Serta Cakaran

Kisah konflik antara mentua dan menantu memang sering menjadi topik panas di media sosial. Baru-baru ini, seorang wanita mendedahkan sikap adik iparnya yang kurang ajar terhadap ibu mentua apabila mentua tersebut memuat naik foto keluarga di TikTok.

Kata-kata kasar menantu tular…

Berdasarkan tangkap layar mesej yang dikongsikan oleh kakak ipar si pengadu, menantu tersebut menggunakan kata-kata kasar, membidas tindakan ibu mentua yang memuat naik gambarnya.

Cakap tak suka aku dah kan? Jadi kenapa ada gambar aku? Letak je gambar anak lelaki kau seorang. Tak pun letak gambar menantu kesayangan kau tu, terima kasih.- Tulis si menantu.

Img 7203

Dakwa ada masalah mental…

Menurut pengadu, adik iparnya telah disahkan mengalami masalah mental atau anxiety disorder oleh doktor. Namun, wanita itu tidak menjalani sebarang rawatan atau mengambil ubat.

IKLAN

Pengadu juga mendakwa adik iparnya sering terlibat dalam isu keganasan rumah tangga, di mana suaminya terpaksa bekerja dua jenis pekerjaan, termasuk penstriman permainan video di TikTok, untuk memenuhi permintaan isterinya. Namun, usaha suaminya untuk mencari rezeki ini disalah tafsir oleh isterinya.

Badan suami teruk dengan kesan cakar dan gigitan…

Untuk menyokong dakwaannya, pengadu turut berkongsi gambar kesan calar dan gigitan pada tubuh adik lelakinya, dipercayai akibat perbuatan isterinya sendiri.

Ni (kesan calar) suami dia kena. Sebab main game live dalam TikTok. Tak selalu pun dia main game, buat live sebab nak cari pendapatan lebih.- Jelas pengadu.

Img 7204

Lebih menyedihkan, pengadu mendedahkan bahawa keluarganya tidak sampai hati untuk membuat laporan polis kerana menantunya sedang sarat mengandung.

#OhmediaNasihat

Masalah dalam rumah tangga perlu ditangani dengan bijak. Jika benar ada isu mental, penting untuk mendapatkan rawatan profesional.

Keganasan, sama ada secara fizikal atau emosi, tidak sepatutnya dibiarkan. Sentiasa ada jalan untuk menyelesaikan konflik secara damai dan bertanggungjawab.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas