Connect with us

Oh! Media

Penduduk Ipoh Cemas, Gegaran Kuat Dirasai Hingga Ke Hospital Dan Lebuhraya PLUS

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 21t145951282

Trending

Penduduk Ipoh Cemas, Gegaran Kuat Dirasai Hingga Ke Hospital Dan Lebuhraya PLUS

Satu gegaran kuat mengejutkan penduduk sekitar bandar raya Ipoh pada jam 11.06 pagi tadi. Bunyi kuat tersebut telah mencetuskan kerisauan terhadap penduduk di kawasan berdekatan.

Menerusi laporan Harian Metro, penduduk melaporkan gegaran tersebut turut dirasai di beberapa kawasan seperti Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Meru, dan Stadium Perak.

Menurut seorang penduduk, M Diviya, 30, dia dan rakan sekerjanya bergegas keluar dari pejabat di Medan Istana sejurus merasai gegaran tersebut.

IKLAN

Saya sedang bekerja di dalam bilik, tiba-tiba terasa bangunan bergoyang dan pintu kaca hampir pecah. Kami juga terdengar bunyi dentuman dari atas bangunan, jadi kami cepat-cepat keluar kerana bimbang keselamatan diri.

Saya sudah hubungi Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) untuk maklumkan kejadian ini.

Noor Zaiti Nabilah Ahmad, 32, yang bekerja di pejabat guaman berhampiran, turut berkongsi pengalamannya.

Bunyi itu sangat kuat, dan saya ingatkan ia bunyi bom. Kami semua terkejut. Sepanjang enam tahun bekerja di sini, inilah kali pertama saya merasai pengalaman seperti ini.

Laporan di media sosial juga menunjukkan bahawa gegaran tersebut juga dirasai di kawasan seperti Falim, Manjoi, dan di sekitar Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora.

Setakat ini, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) masih belum berhasil, namun ramai penduduk berharap pihak berkuasa segera memberikan penjelasan tentang punca gegaran tersebut.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 21t145951282

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas