Connect with us

Oh! Media

Tular Dakwaan Alat Sulit ‘Terkulai’ Punca Cerai, Datuk Fazley Ketawa, Ini Penjelasannya!

Ohmedia fazley Yaakob

Oh! Artis

Tular Dakwaan Alat Sulit ‘Terkulai’ Punca Cerai, Datuk Fazley Ketawa, Ini Penjelasannya!

Cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob tampil memberikan kenyataan balas selepas muncul dakwaan yang mengatakan masalah kesihatan batin menjadi punca perceraiannya dengan Datin Azrene Soraya.

Menurut Fazley, dakwaan tersebut langsung tidak masuk akal dan dia hanya mampu ketawa dengan tuduhan itu.

“Mana Tak Sihatnya, Saya Ada Empat Anak!”

IKLAN
Fazley

Memetik laporan Gempak, Fazley tidak tersinggung dengan dakwaan yang disebarkan di media sosial itu. Katanya, fakta yang menunjukkan Azrene pernah mengalami keguguran sebanyak 13 kali dan kini mempunyai empat orang anak adalah bukti bahawa tuduhan tersebut tidak benar.

Azrene pernah keguguran 13 kali dan anak saya empat orang sekarang ni. Kenyataan itu kelakar sebenarnya.

Semasa saya umumkan hari perceraian saya, ramai yang menghantar DM mengenai perkara ini. Tapi jujur saya katakan, ia langsung tidak membuatkan saya terasa hati, malah saya tergelak, sebab kelakar.

Mungkin mereka tidak tahu saya telah lama dilantik sebagai duta klinik kesihatan lelaki, dan saya tetap dikurniakan empat orang anak. Mana tak sihatnya?

Sebelum ini, tular di TikTok satu video kononnya Fazley mendedahkan punca perceraiannya dengan tajuk kontroversi ‘Alat sulit Datuk Fazley terkulai, punca isterinya minta cerai’.

Video TikTok Menyebarkan Fitnah

Fazley Yaakob

Namun, Fazley mengambil pendekatan untuk tidak memanjangkan isu ini dan tidak berminat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Bagi saya, saman menyaman ini dari dulu saya sudah buat, jadi biarlah. Saya maafkan mereka.

Baru-baru ini, Fazley mengesahkan bahawa beliau dan Azrene sudah berpisah beberapa bulan lalu selepas 18 tahun hidup bersama.

Walaupun begitu, beliau memilih untuk tidak terlalu memikirkan tentang fitnah yang berlegar di media sosial, sebaliknya lebih fokus pada masa depan dan keluarga.

Ohmedia fazley Yaakob

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Gempak


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas