Connect with us

Oh! Media

Gara-Gara Mesej ‘Good Morning Sayang’ Tak Berbalas, Lelaki Didenda RM800 Lepas Tampar Teman Wanita

Ohmedia tampar

Oh! Tidak

Gara-Gara Mesej ‘Good Morning Sayang’ Tak Berbalas, Lelaki Didenda RM800 Lepas Tampar Teman Wanita

Di Batu Pahat, Johor, seorang lelaki didenda RM800 gara-gara menampar teman wanita selepas bergaduh berkaitan mesej ‘Good Morning Sayang’ yang tidak dibalas.

Memetik laporan Berita Harian, tertuduh, Muhamad Nurhaqimi Harun yang bekerja sebagai penjaga stor membuat pengakuan bersalah tersebut selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Pertengkaran Berakhir Dengan Kecederaan

IKLAN
Tampar Teman Wanita
Foto NSTPAlias Abd Rani

Pergaduhan dilaporkan berpunca daripada mesej ‘Good Morning Sayang’ yang dihantar oleh teman wanitanya tidak dibalas.

Kejadian berlaku di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal pada 10 Oktober lalu, sekitar tengah hari.

Semasa kejadian, teman wanitanya datang untuk menghantar makanan tengah hari, tapi pertemuan menjadi tegang.

Mengikut siasatan yang dilakukan pihak polis, perang mulut di antara tertuduh dan teman wanitanya berlaku apabila teman wanita tidak berpuas hati mesej tidak dijawab lelaki itu.

Situasi semakin panas sehingga lelaki tu hilang sabar dan menampar pipi kiri teman wanitanya menyebabkan kecederaan ringan.

Mangsa kemudian ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan membuat laporan polis di IPD Batu Pahat.

Hukuman Dijatuhkan

Selepas laporan dibuat, Muhamad Nurhaqimi dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat dan mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan teman wanitanya.

Berdasarkan Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Muhamad Nurhaqimi boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000.

Bagaimanapun, selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM800 atau penjara 14 hari jika gagal bayar denda.

Tertuduh diwakili oleh peguam Mohd Razak Shariff, manakala kes pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip.

Ohmedia tampar

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Berita Harian


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas