Connect with us

Oh! Media

“Nak Masuk Tandas Pun, Kena Pegang Anak”- Uqasha Senrose Minta Para Suami Hargai Isteri

ohmedia ateyn featured image   2024 10 14t103904827

Trending

“Nak Masuk Tandas Pun, Kena Pegang Anak”- Uqasha Senrose Minta Para Suami Hargai Isteri

Pelakon Uqasha Senrose telah meluahkan isi hatinya di media sosial. Melalui satu hantaran yang dibuat di Instagram miliknya, Uqasha meminta para suami untuk menghargai pengorbanan isteri melahirkan anak-anak.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, dia tidak menyangka sudah melalui fasa kehamilan selama 9 bulan.

photo 2024 10 14 11 10 17

Dalam pada itu, Uqasha juga meninggalkan pesan kepada para suami untuk sentiasa menghargai isteri yang menguruskan anak sendirian tanpa pertolongan sesiapa.

IKLAN

Kepada semua suami-suami, hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa. Yang tidak cukup tidur, yang basuh baju anak, lipat baju anak susun baju anak. Basuh botol susu, buat susu.

Tidur kan sampai nak patah pinggang, nak makan pun hanya untuk alas perut, nak masuk tandas pun kena pegang anak, kalau letak nangis, nak mandi pun tak sempat takut anak nangis. Yang ada helper tu Alhamdulillah, yang mengasuh sendiri tu ingat lah SANGAT BESAR PAHALANYA.

Tambah Uqasha, dia juga mendoakan anaknya, Hawra Uqair berada dalam keadaan baik dan sentiasa berada dibawah lindunganNya.

ohmedia ateyn featured image   2024 10 14t103904827

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas