Connect with us

Oh! Media

Indonesia Larang iPhone 16 Dijual Di Negara Mereka, Apple Diminta Patuhi Syarat

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Geekz

Indonesia Larang iPhone 16 Dijual Di Negara Mereka, Apple Diminta Patuhi Syarat

Kerajaan Indonesia telah memutuskan untuk melarang jualan iPhone 16 oleh Apple sehingga syarikat itu penuhi komitmen pelaburan dan perbaharui sijil keperluan kandungan tempatan (TKDN) yang sudah tamat.

Menteri Perindustrian, Agus Gumiwang Kartasasmita, menjelaskan Apple perlu perbaharui sijil TKDN dan tingkatkan pelaburan di Indonesia. Setakat ini, Apple hanya melabur 1.48 trilion rupiah, kurang daripada komitmen asal 1.71 trilion rupiah.

Keputusan ini dapat reaksi bercampur dari netizen. Ada yang sokong kerana nak pastikan kepentingan tempatan terjaga dan ada juga yang kritik birokrasi yang terlibat.

IKLAN

“Beli je di luar negara berdekatan”. Netizen…

Kalau rakyat Indonesia beli iPhone 16 di luar negara, mereka mungkin hadapi masalah. Penggunaan peranti di Indonesia mungkin langgar larangan kerajaan, dan tindakan pemantauan mungkin diambil.

Selain itu, masalah teknikal dan sokongan perkhidmatan mungkin timbul kerana iPhone yang dibeli di luar negara tak semestinya serasi dengan rangkaian di Indonesia.

Pengguna juga perlu daftar peranti mereka dengan pihak berkuasa tempatan untuk pastikan ia ikut peraturan yang ditetapkan.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Channel news asia


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas