Connect with us

Oh! Media

Zakir, Yew Yin Dan Dong Zong Akan Direkod Keterangan, Kata Pihak Polis

Ohmedia rekod 12b252812529png

Umum

Zakir, Yew Yin Dan Dong Zong Akan Direkod Keterangan, Kata Pihak Polis

Dr Zakir Naik, Tan Sri Koo Yew Yin dan Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim adalah pihak yang akan direkodkan keterangan setelah menerima laporan berhubung kenyataan yang mereka yang dianggap mampu menggugat kestabilan dan keamanan negara.

Untuk Dr Zakir Naik, beliau direkodkan keterangan kerana laporan mengatakan beluar mengeluarkan kenyataan bahawa kaum India di Malaysia tidak menyokong Perdana Menteri Malaysia, sebaliknya menyokong Perdana Menteri India, Narendra Modi. Di samping itu, pedndakwah bebas berkenaan dilaporkan mengeluarkan kenyataan meminta kaum Cina keluar dari Malaysia.

Bgai Tan Sri Koo Yew Yin, ahli perniagaan berkenaan akan direkod keterangannya berhubunng laopran beliau yang mengeluarkan kenyataan menghina Angkatan Tnetera Malaysia dengan mengatakan bahawa anggota tentaera hanya makan dan tidur sahaja dilaman bog milik beliau.

IKLAN

Dong Zong pula, pengerusinya, Tan Tai Kim, dalam masa terdekat akan juga direkod keterangannya berhubung kenyataannya yang mengatakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan tulisan jawi di sekolah vernakular sebagai satu bentuk islamisasi.

Zakir dan Dong Zong akan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan. Manakala Yew Yin, disiasat mengikut Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan, iaitu niat mengapikan mana-mana golongan melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan lain.

Sumber : Sinar Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Travel


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas