Connect with us

Oh! Media

Polis Tangkap 3 Lelaki Pakai Tak Senonoh Dan Lucah Di Acara Larian

Ohmedia larian Johor

Oh! Tidak

Polis Tangkap 3 Lelaki Pakai Tak Senonoh Dan Lucah Di Acara Larian

Padah berkelakuan tidak senonoh di acara Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, Johor, tiga orang lelaki telah ditahan polis.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, tangkapan dibuat terhadap dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan, berusia antara 39 hingga 70 tahun.

Larian

Jelas Ketua Polis Johor lagi, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana kelakuan yang menghina dan Seksyen 294 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan lucah di tempat awam.

IKLAN

Hasil ujian air kencing juga mendapati kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Siasatan awal mendapati tindakan yang dilakukan oleh ketiga-tiga suspek adalah atas kapasiti individu, dan bukan mewakili pihak penganjur atau program larian yang dianjurkan.

Turut dirampas adalah pakaian dan aksesori yang dipakai ketika larian tersebut antaranya sari berwarna merah, skirt warna merah, tiga keping kadbod berwarna perak dan batang tombak tiruan berwarna perak.

Ohmedia larian Johor

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas