Connect with us

Oh! Media

Isu Sewa Khemah Biru Di Pantai Teluk Kemang: Kerajaan Negeri Sembilan Ambil Tindakan Tegas

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Oh! Negara

Isu Sewa Khemah Biru Di Pantai Teluk Kemang: Kerajaan Negeri Sembilan Ambil Tindakan Tegas

Susulan kekecohan di Pantai Teluk Kemang, Port Dickson yang mendakwa pengunjung dilarang meletakkan tikar, Kerajaan Negeri Sembilan akan bertindak lebih tegas terhadap peniaga yang masih berdegil menyediakan perkhidmatan sewa khemah haram di kawasan pantai awam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Tempatan, J. Arul Kumar mengesahkan bahawa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah diarahkan untuk merampas khemah yang dipasang secara haram di kawasan bukan persendirian. Menurutnya, tindakan ini perlu bagi memastikan kawasan pantai kekal untuk kegunaan awam.

Khemah di pantai awam tidak dibenarkan oleh undang-undang tempatan kerana ia adalah tanah kerajaan untuk aktiviti rekreasi rakyat.- Kata Arul Kumar.

Walaupun pada asalnya khemah dibenarkan atas permintaan pengunjung, sesetengah peniaga telah mengambil kesempatan untuk memaksa orang awam menyewa khemah.

IKLAN

Hal ini mencetuskan kemarahan apabila pengunjung mendapati mereka tidak dibenarkan meletakkan tikar di kawasan pantai umum.

Media sosial kecoh dengan isu khemah biru…

Baru-baru ini, media sosial kecoh apabila peniaga di Pantai Teluk Kemang didakwa melarang pengunjung daripada meletakkan tikar, sekali gus menyebabkan ramai yang tidak berpuas hati kerana pantai adalah hak milik awam.

Kerajaan Negeri Sembilan menegaskan, tindakan tegas perlu diambil bagi mengelakkan persepsi negatif terhadap sektor pelancongan di Port Dickson.

ohmedia hafizal thumbnail om article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Utusan Online


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas