Trending
Rambut Dan Helmet Dipakai IShowSpeed Masa Datang Malaysia Ingin Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal
Kecoh di media sosial apabila ada pihak yang ingin menjual helmet yang dipakai dan rambut gugur pempengaruh terkenal yang baru saja datang Malaysia pada bulan lepas iaitu IShowSpeed. Biar betul?
Kalau korang tengok satu hantaran daripada MotoMalaya di Facebook, ada seorang individu dengan selambanya nak jual topi keledar yang dipakai pempengaruh itu dengan harga ribuan ringgit.

Helmet yang dipakai IShowSpeed masa dia kat Malaysia untuk dijual dengan harga RM250,888!!
Bukan tu jer, ada juga individu lain yang ingin melelong rambut gugur yang didakwa adalah milik IShowSpeed dengan harga hampir RM100,000.

Rupanya individu itu yang ambil sendiri rambut pempengaruh itu di kepalanya kalau korang tengok description penjual itu. Kah!
Kalau korang tengok ruangan komen pula, ramai yang terkejut dengan apa yang mereka ni nak jual dan menganggap yang harga sedemikian memang tidak masuk akal!

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: MotoMalaya
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM