Connect with us

Oh! Media

Terbongkar Satu Lagi Perkara Mengenai Sisi Gelap GISBH

Ohmedia gisbh nafi kes liwat

Trending

Terbongkar Satu Lagi Perkara Mengenai Sisi Gelap GISBH

Dalam pendedahan terbaru, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) menceritakan antara ajaran amalan sesat pernah dilakukan oleh GISBH.

Menurut laporan The Sun, jemaah GISBH didoktrin agar sentiasa taksub kepada pemimpin. Setiap juzu dari badan dan sisa pemimpin dikatakan mempunyai berkat dan perkara ini dikomgsikan PUKAS menerusi Facebook.

Nasiruddin Ali memperkenalkan ajaran baru yang belum pernah diamalkan dalam GISBH sebelum ini iaitu transfer power berkat melalui udara.

Para Ahli Lembaga Penasihat GISBH bersama Nasiruddin akan berperanan sebagai transmitter dengan mengangkat tangan ke langit. Manakala ahli-ahli lain akan menjadi receiver dengan menghalakan tangan ke langit untuk menyambut power berkat pemimpin.

Amalan ini dilakukan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan aktiviti mereka terbatas untuk bertabarruk dengan pemimpin.

IKLAN

Selain itu, jemaah ini juga mengamalkan peraturan ‘mengarut’ yang telah ditetapkan oleh pihak kepimpinan di mana yang lain perlu akur termasuklah diperlakukan seperti hamba.

Menurut bekas pemimpin GISBH, syarikat itu menggunakan tenaga manusia tanpa membayar gaji dan menganggap memberi makanan dan tempat tinggal itu mencukupi.

Terdapat juga peraturan di mana pemimpin memberi arahan agar suami menceraikan isteri untuk melihat ketaatan kepada jemaah tersebut.

Ini dibuat secara berjemaah dan beramai-ramai kerana dipantau oleh seorang pemimpin pada masa itu yang merupakan anak pengasas syarikat.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pula mendedahkan mana-mana ahli jemaah yang patuh dan taat dengan peraturan dan arahan daripada pemimpin GISBH akan ‘dihadiahkan’ isteri dan dinaikkan pangkat sebagai ketua.

Sebab itulah, apabila polis siasat sesetengah individu termasuklah pemimpin atasan GISBH, mereka ada lebih daripada dua isteri. Bagi yang ingkar arahan pula, mereka ini akan diugut dan tidak dibenarkan keluar dari jemaah.

Ohmedia gisbh nafi kes liwat

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: The Sun


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas