Oh! Artis
Didie Alias Bersuara Selepas Anna Jobling Dilantik Sebagai Juri Program Lawak
Pelakon sedang meningkat naik, Anna Jobling terpilih untuk menjadi juri program Muzikal Lawak Superstar 4 bersama dua pelawak otai, Saiful Apek dan Harith Iskandar.
Walaubagai manapun, pemilihan Anna sebagai juri mendapat perhatian pelakon dan pengacara berpengalaman, Didie Alias.
Mungkin Didie Alias berpendapat ramai lagi otai lain yang layak menjadi juri dalam program lawak ini yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Anna Jobling 6g ramai lagi otai kot,ok mungkin utk komersial ek #simpananugerahdalampetibesi
Apa-apa pun sudah tertulis rezeki Anna Jobling untuk dapat job ini. Mungkin juga bagi tujuan komersial di mana Anna dan Saiful Apek akan berlakon dalam filem Duyung nanti.

