Trending
Penduduk Dakwa Tak Pernah Lihat Penghuni Amal GISBH Pergi Ke Sekolah
Seorang penduduk di Puchong berkongsi tentang penghuni amal kumpulan GISB yang dikatakan hanya lebih suka membuat aktiviti sendiri dalam kawasan kediaman mereka.
Saya tidak pernah nampak mereka (kanak-kanak) diami rumah amal itu pergi sekolah.
Mereka juga bergaul sesama sendiri dan jarang berbual dengan orang ramai.
Selain itu, ada penduduk lain mengatakan kanak-kanak rumah amal diberhentikan sekolah untuk menjalankan perniagaan. Ada kala mereka hanya pergi sekolah dua atau tiga hari seminggu.

Pihak kami (sekolah) kemudiannya ada hubungi organisasi tersebut tetapi akhirnya mereka diberhentikan sekolah dengan alasan untuk berniaga.
Walau bagaimanapun, GISBH semalam telah mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tuduhan mengeksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja.
