Trending
Kapal Peninjau Tentera Dan Pengawal Pantai China Berlegar Di Perairan Sarawak
Dilaporkan Kapal peninjau tentera China dan Pengawal Pantai China (CCG) telah memasuki perairan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Malaysia berdekatan pelantar minyak Velesto Energy NAGA 4, milik PETRONAS di Sarawak pada sabtu lepas.
Pengarah SeaLight Live, Raymond Powell mendakwa kapal frigat ringan 053H3 Jiangwei Kelas Dua itu dikesan buat kali terakhir ketita berada di Terumbu Ubi selepas Automatic Information System (AIS) dimatikan hingga menyebabkan kedudukan kapal itu tidak lagi dapat dipastikan.
Powell turut mendakwa aset Tentera Laut Diraja Malaysia iaitu KD Sundang dan KD Selangor telah digerakkan untuk menyertai aset Maritim Malaysia, KM Arau di Terumbu Ubi.
Menurut Astro AWANI, merkea masih menunggu kenyataan rasmi Kerajaan Malaysia mengenai operasi kapal China di perairan Sarawak baru-baru ini.
Kredit: Awani
