Connect with us

Oh! Media

Suami Mengaku Kerja Kerajaan Akhirnya Kantoi, Isteri Terkejut Dah 2 Tahun Tertipu

Ohmedia ehailing suami isteri

Oh! Tidak

Suami Mengaku Kerja Kerajaan Akhirnya Kantoi, Isteri Terkejut Dah 2 Tahun Tertipu

Seorang suami membuat pengakuan mengejutkan bahawa dia telah menipu isterinya selama dua tahun tentang pekerjaannya. Dalam satu perkongsian di Facebook, lelaki itu mendedahkan bahawa isterinya percaya dia bekerja sebagai penjawat awam, sedangkan sebenarnya dia hanyalah seorang pemandu e-hailing.

Saya dah dua tahun nikah. Apa yang isteri saya tahu, saya kerja kerajaan. Sebenarnya saya kerja pemandu XXX (e-hailing) je. Selama ni saya tipu dia untuk kesenangan hidup.- Katanya.

Demi yakinkan isteri, sanggup beli Honda Accord tapi…

Lelaki itu mengakui dia berhasrat meningkatkan pendapatan sebagai pemandu e-hailing dan yakin tahun ini akan membawa pulangan yang baik.

Atas keyakinan itu, dia membeli sebuah Honda Accord dengan bantuan pinjaman bank atas nama isterinya. Namun, nasib tidak menyebelahinya. Pendapatan tidak seperti yang diharapkan, dan kini dia mengalami masalah kewangan, dengan bayaran balik pinjaman kereta tertunggak selama dua bulan.

IKLAN

Saya buat loan atas nama isteri saya. Saya beli Honda Accord untuk buat e-hailing Sekarang dah dua bulan sangkut payment.- Luahnya lagi.

Terpaksa menyamar pakai baju penjawat awam untuk keluar bekerja sebagai e-hailing…

Untuk mengekalkan penyamaran, dia keluar rumah berpakaian seperti penjawat awam, walaupun sebenarnya bekerja sebagai pemandu e-hailing.

Saya keluar pakai kemeja acah-acah kerja ‘gomen’. Saya risau kantoi dengan isteri saya. Hutang dah sangat banyak.- Tambahnya.

Pengakuan lelaki itu mengejutkan warga maya, dengan ramai yang mengkritik tindakannya.

Buat loan tak nak kalah, beli Accord. Kenapa tak beli Saga BLM je buat (e-hailing)?- Tulis seorang pengguna Facebook.

Namun, ada juga yang memberi nasihat agar dia berterus terang dengan isterinya. Terus-terang sekarang lebih baik daripada isteri dapat tahu sendiri di kemudian hari. Kejujuran susah nak cari dan tidak dijual beli.

Ohmedia ehailing suami isteri

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas