Connect with us

Oh! Media

30 Tahun Tak Tidur Siapkan Tempahan Baju, Tukang Jahit Digelar Sebagai Mutan

Ohmedia tukang Jahit

Oh! Tidak

30 Tahun Tak Tidur Siapkan Tempahan Baju, Tukang Jahit Digelar Sebagai Mutan

Insomnia adalah penyakit di mana seseorang itu sukar untuk tidur pada waktu malam. Lebih ekstrem, ada seorang tukang jahit di Vietnam mengejutkan dunia apabila mendedahkan dia sudah tiga dekad tak tidur malam!

Menerusi laporan Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Nguyen Ngoc My Kim telah digelar sebagai ‘mutan’ disebabkan kemampuannya ini.

Kim menjelaskan dia tidak dilahirkan dengan kebolehan ini namun sebaliknya dia melatih dirinya untuk berjaga malam untuk menyiapkan tempahan pelanggan.

IKLAN

Setiap malam, saya duduk di hadapan mesin jahit dan tak berani tidur kerana takut tidak dapat menyiapkan tempahan.

Ohmedia tukang jahit 2

Pada awalnya, wanita itu berkata telah menghadapi banyak kesukaran seperti mengantuk, membuat kesilapan semasa menjahit dan juga letih.

Walau bagaimanapun, badannya dapat menerima rutin itu setelah berlatih selama berbulan-bulan.

Senang hati dengan gelaran diberikan

Kim turut berkata dia menerima semua gelaran yang diberikan oleh penduduk kampung dengan senang hati kerana ia sesuai dengan dirinya.

Pada awalnya tak ramai yang memberikan perhatian kepadanya tapi setelah ramai menyedari Kim sentiasa berada di kedianya, mereka mula menyebarkan cerita tersebut.

Selepas tular, dia bukan sahaja dilawat oleh rakyat Vietnam, pelawat dari pelbagai negara sanggup datang untuk bertemu dengannya dan mengesahkan khar angin tersebut.

Sementara itu, penyakit yang dihidapi tukang jahit ini masih belum disahkan secara perubatan oleh doktor.

Ohmedia tukang Jahit

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas