Trending
Bapa Tunggal Maut ‘Otw’ Tengok Anak Di Hospital, Polis Jumpa Hadiah Kereta Mainan Dalam Beg Galas
Tular kejadian menyayat hati di Thailand mengenai seorang bapa tunggal yang maut dalam perjalanan menziarahi anaknya di hospital.
Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira 1 kilometer sebelum sampai hospital.
Di tempat kejadian, polis menjumpai satu beg galas berisi kereta mainan dipercayai sebagai hadiah sempena ulang tahun keempat anaknya itu.
Lebih menyedihkan apabila jururawat dan sukarelawan bertindak membuat kejutan di wad sambil membawa kek hari jadi.
Si anak sangat teruja melihat hadiah kereta mainan iaitu pemberian terakhir daripada si bapa.
Difahamkan, ketika kejutan dibuat ibu saudara masih merahsiakan berita pemergian bapa tunggal itu daripada pengetahuan anaknya saudaranya.
Ibu saudara yang berada di wad tak dapat menahan sebak terkenangkan nasib anak saudaranya itu.
Jelasnya, mangsa yang merupakan bapa tunggal membesarkan kanak-kanak itu seorang diri selepas bekas isteri melarikan diri ketika bayi itu berumur satu bulan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: X Thairath_TV | The Thaiger
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM