Oh! Artis
Pelawak Dan Kartunis Terkenal, Imuda Kini Bergelar Datuk Selepas 40 Tahun
Siapa tak kenal dengan pelakon terkenal, Imuda menerusi sitkom komedi popular era-90an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Selain berbakat dalam bidang lakonan, Imuda juga dikenali sebagai seorang pelawak dan kartunis yang berjaya.

Terbaru, Imuda atau nama sebenarnya A Rahim Muda telah bergelar Datuk apabila menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri (TYT) Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Pulau Pinang.

Berita gembira ini dikongsi rakan baiknya, Sabri Yunus menerusi satu hantaran di Facebook. Sabri Yunus turut mengimbau kenangan bertemu kali pertama di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1982 sebelum akhirnya berkhidmat bersama-sama.
Dalam pada itu, Imuda mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan orang ramai yang tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah buatnya.
Beliau berbangga menerima anugerah daripada TYT Pulau Pinang selepas 40 tahun berkecimpung dalam dunia seni hiburan.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Berita Harian | Facebook Sabri Yunus
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM