Oh! Artis
“Saya Ada Boyfriend, Dia Di London” – Bercuti Di Bali, Ameera Khan Berang Dengan Netizen
Pempengaruh dan adik kepada selebriti Neelofa iaitu Ameera Khan menjelaskan percutiannya ke Bali adalah bersama seorang sepupu bernama Aisha.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, selebriti media sosial ini berkata, dia turut ditemani oleh seorang bodyguard dan pemandu peribadi.
Menurut Ameera lagi, dia sebenarnya tidak perlu menjelaskan perkara tersebut tetapi ada segelintir netizen sudah melampau batas.

Saya ada kekasih dan dia berada di London. Saya tak perlu nak terangkan tetapi ada di antara korang sudah melampau. Diam, tutup mulut dan berambus.
Respon Ameera ini dipercayai membalas andaian segelintir netizen yang menuduhnya bercuti bersama kekasih.
Meninjau ke ruangan perkongsian gambar di Bali, ada netizen meninggalkan komen bertanya sama ada selebriti media sosial ini ke Bali bersama seorang pelakon lelaki.


Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Instagram Ameera Khan