Connect with us

Oh! Media

Penantian INSPIRIT Kini Berakhir, Kim Sung Kyu Akan Mengadakan [LV3:  Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur

Ohmedia 1

Oh! Artis

Penantian INSPIRIT Kini Berakhir, Kim Sung Kyu Akan Mengadakan [LV3:  Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur

INSPIRIT! Sebelum ni, kita dah dapat [LV1: Light & Voice]  dan [LV2: Like Your Vibes] yang diadakan tahun lalu. Ha, tahun ni takkan takde?

Jangan risau, CONFIRM ada punya! Ketua kumpulan K-pop INFINITE, Kim Sung Kyu akhirnya telah membuat pengumuman bahawa beliau bakal mengadakan konsert solo Jelajah Asia untuk dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur yang merupakan perhentian pertamanya. 

[LV3:  Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur ini, akan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos, 8 malam dan  Ahad, 11 Ogos, 4 petang di Zepp Kuala Lumpur. 

IKLAN

Sung Kyu, INFINITE Kembali Beraksi Dengan Kerjaya Solonya

[LV3:  Let's Vacay]

Bermula dengan album mini pertama secara berkumpulan yang dikenali sebagai “First Invasion” dan merangkumi single utama “Come Back Again”, Kim Sung Kyu telah mencipta kerjaya solonya dalam pelbagai bidang termasuk muzik, filem, muzikal dan pengacaraan. 

Setelah bergiat secara solo, Sung Kyu telah mengeluarkan album pertamanya “Another Me” dan kini beliau telah mengeluarkan album mini ketiganya iaitu “Inside Me”.  

Dapatkan Tiket [LV3:  Let’s Vacay] Asia Tour Yang akan Diadakan Tidak Lama Lagi 

[LV3:  Let's Vacay]

Untuk menikmati persembahan dari jejaka idaman ramai ni, jangan lupa dapatkan tiket [LV3:  Let’s Vacay] Asia Tour yang akan dijual pada harga seperti berikut, 

  • VIP – RM788 

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi  20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster tanda tangan untuk 40 peminat yang  dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid  bertandatangan.) 

  • VIP BOX – RM728 

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20  peminat akan dipilih secara rawak, Poster tanda tangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak  dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.) 

  •  CAT 1 – RM688 

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40  peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster tanda tangan untuk 30 peminat yang dipilih secara  rawak.) 

  • CAT 2 – RM588 

(Faedah Peminat: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan  dipilih secara rawak dan Poster tanda tangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.)  

Korang boleh mula dapatkan tiket ini pada 17 Julai, 12 tengah hari di SINI

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Aisyah Azleza
Aisyah adalah seorang penulis kandungan profesional di Oh! Media, yang pakar dalam menghasilkan artikel berkualiti tinggi dan relevan. Dengan fokus pada topik menarik yang memberikan nilai tambah, Aisyah komited menyampaikan kandungan kreatif dan berimpak tinggi untuk memperkayakan pengalaman pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas