Connect with us

Oh! Media

Lepas Kes Zulfarhan, Rupanya Ada Satu Lagi Kes Kematian Penuntut UPNM Yang Mencurigakan?

Ohmedia penuntut upnm selain zulfarhan

Trending

Lepas Kes Zulfarhan, Rupanya Ada Satu Lagi Kes Kematian Penuntut UPNM Yang Mencurigakan?

Rupanya ada seorang lagi penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dilaporkan meninggal dunia selepas pemergian Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain pada tahun 2017 lepas.

BACA: Kenyataan Terbaru Penulis Surat Layang Zulfarhan Tidak Disenangi Netizen

Menurut laporan Kisah Dunia, penuntut UPNM yang bernama Amirul Nashriq Othman itu telah ‘tenggelam’ di kawasan Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang ketika sedang bermandi-manda dengan tujuh rakannya yang lain. 

IKLAN

Dua hari sebelum kejadian, arwah dikatakan ada hantar gambar kepada keluarganya untuk tunjuk kesan lebam di bahagian dada akibat dikasari senior-senior. Allahu.

Kakak kepada arwah juga ada senaraikan keraguan mengenai kematian adiknya itu iaitu pihak UPNM desak bapa beri kebenaran jalankan autopsi, kesan jahitan arwah sudah kering (dipercayai sudah autopsi beberapa jam awal sebelum keluarga benarkan).

Bukan tu jer, kad pengenalan dan barang peribadi arwah juga tidak diserahkan kepada keluarga serta 7 rakan yang ada di lokasi kejadian, tidak ikut proses pengebumian atas alasan pegawai UPNM arah pulang ke institusi.

Kes ini masih belum terbela tapi menerusi satu hantaran di TikTok, peguam iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar akan buka semula kes itu dan bertemu keluarga arwah dalam masa terdekat. 

Peguam itu juga berkata yang perkara ini demi mempertahankan keadilan terhadap Amirul Nashriq Othman sekiranya benar ada unsur ‘penganiayaan’ yang menyebabkan arwah meninggal dunia.

Ohmedia penuntut upnm selain zulfarhan

Jap!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas