Oh! Tidak
Hisap Vape ‘Magic Mushroom’ Berlebihan, Pelajar Tingkatan 4 Terkena Sawan Kritikal Di Sekolah
Aktiviti menghisap rokok elektronik atau vape ni bukannya je berleluasa dalam kalangan dewasa, ramai juga budak sekolah pun terjebak sekali. Sudahlah rokok tersebut memang bahayakan kesihatan, kini ada pula versi vape magic mushroom yang dikatakan lebih bahaya.
Disebabkan versi terbaru ni, ada yang sampai terkena sawan kritikal kerana menghisapnya secara berlebihan.
Menurut laporan Buletin TV3, seorang pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah di Kemaman mengalami nasib tak baik apabila ditemukan tidak sedarkan diri oleh rakannya.

Tanpa melengahkan masa, rakannya terus memaklumkan perkara itu kepada guru di situ.
Dia telah dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Kemaman setelah mendapat rujukan rawatan daripada klinik kesihatan yang berdekatan.
Doktor mengesahkan dia mengalami sawan kritikal dipercayai berpunca daripada terlebih mengambil perisa bahan kimia yang berbahaya.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh keluarga mangsa berhubung insiden yang berlaku itu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritenden Hanyan Ramlan juga telah mengesahkan pihaknya telah menerima laporan tersebut.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Buletin TV3
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM