Oh! Tidak
Padah Tampar Lalat Hinggap Dekat Muka, Lelaki Terpaksa Buang Mata Sebelah Kiri
Siapa sangka disebabkan menampar lalat yang hinggap dekat muka, boleh buat nasib seseorang bertukar sekelip mata? Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki di negara China.
Menerusi laporan Sinar Harian, seorang lelaki yang bernama Wu terpaksa membuang mata sebelah kirinya selepas menampar muka sendiri disebabkan lalat.
Katanya, mata Wu menjadi merah sebelum membengkak di bahagian kelopak mata selepas bertindak sebegitu.

Risau dengan keadaan matanya, Wu telah ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan dia dijangkiti konjuktivitis atau radang mata bermusim.
Namun, keadaan matanya difahamkan semakin teruk walaupun telah menggunakan ubat dengan betul.
Susulan itu, doktor mengesahkan matanya telah mengalami ulser dan memberitahu Wu bahawa tiada ubat yang dapat sembuhkan semula kecuali membuang mata tersebut.
Wu berkemungkinan terkena racun dari serangga itu kerana ianya hidup di kawasan longkang yang kotor.
Selepas kejadian yang menimpa lelaki ini, doktor telah menasihatikan orang ramai supaya tidak menampar atau memukul di bahagian sensitif contohnya pada mata atau telinga walaupun ada serangga yang hinggap.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: Sinar Harian
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM