Connect with us

Oh! Media

Nedim Nazri Ceraikan Nora Danish Dengan Talak Satu Selepas Lebih 7 Tahun Bersama

Hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Nedim Nazri Ceraikan Nora Danish Dengan Talak Satu Selepas Lebih 7 Tahun Bersama

Selepas lebih tujuh tahun bersama, Nora Danish dan Nedim Nazri akhirnya sepakat untuk berpisah. Memetik laporan Berita Harian, Nedim melafazkan cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini. 

Nedim melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin pada jam 8.34 malam tadi.

Nora yang ditemui media bagaimanapun berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap keputusan mereka dan mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga.

IKLAN

Nora Danish harap tak timbul apa-apa teori tentang perpisahan mereka…

Saya dan bekas suami sudah mendapat persetujuan bersama untuk mengakhiri perkahwinan kami yang didirikan selama tujuh tahun. Ia berakhir di sini, malam ini.

Apa yang paling penting, tujuan kami untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan positif.

Jadi, saya harapkan anda mendoakan yang terbaik buat kami dan keluarga.

Saya harap tiada teori mengenai perpisahan kami. Ini kerana kami sangat mementingkan keharmonian kedua-dua keluarga dan anak-anak.

Bagaimanapun, Nedim atau nama sebenarnya, Mohamed Nedim Mohamed Nazri, 41, enggan mengulas lanjut.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas