Connect with us

Oh! Media

Ayahanda Terkenal Di Sabah Ditahan Ketika Lakukan Perjumpaan Di Warung Burger

Ayahanda sabah ditahan ohmedia

Oh! Tidak

Ayahanda Terkenal Di Sabah Ditahan Ketika Lakukan Perjumpaan Di Warung Burger

Rabu lalu satu operasi telah dijalankan pasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelab (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. Operasi yang turut dibantu anggota Balai Polis Inanam itu berjaya menahan ketua pertubuhan haram bergelar Ayahanda.

14 individu lain turut ditahan antara usia 22 hingga 49 tahun. Suspek pada awalnya mendakwa mereka Pertubuhan Amal Nusantara Bersatu Sabah (ANB) bagaimanapun hasil pemeriksaan mendapati logo yang dipegang mereka tidak berdaftar.

Semakan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mendapati logo yang digunakan oleh pertubuhan itu adalah tidak berdaftar.

Selain itu, ada unsur-unsur kumpulan Double 7 yang diwartakan sebagai pertubuhan haram pada 2013. Dalam serbuan itu, sepucuk senjata api mainan menyerupai pistol C15, sebilah pisau pemotong daging berserta sarung dan sebilah samurai turut dirampas.

Selain itu, rampasan membabitkan 20 keping pelekat tertera logo kumpulan, kad ahli, 12 telefon bimbit dan empat kereta pelbagai jenis tertera pelekat pertubuhan ANB dan kumpulan Double 7.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 50 Akta Pertubuhan 1966.

IKLAN
Image 22

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas