Oh! Artis
Wanita Mengaku Skandal Aliff Aziz Dakwa Ruhainies Buat ‘Plan’ Jahat Nak Jatuhkan Bella
Panas! Kecoh di media sosial seorang wanita tampil mengaku sebagai kekasih kepada pelakon Aliff Aziz sejak Januari 2024.
BACA: “Isu 3 Pagi JAWI Datang Rumah Tak Benar” – Risteena Tunjuk Bukti Mesej Dengan Ruhainies
Dalam pendedahan yang dibuat, wanita ini menceritakan secara lanjut kronologi percintaannya dengan Aliff sehinggalah pelakon itu ditangkap basah dengan Ruhainies Mac lalu.


Dakwa wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine, pada hari Aliff ditangkap bersama Ruhainies, dia sepatutnya berjumpa Aliff di Kuala Lumpur tetapi pelakon terbabit mendiamkan diri.
Sehinggalah selesai urusan di Jawi, Aliff menghubunginya menjelaskan kes itu dan dia mengambil keputusan untuk mempercayai Aliff.

Wanita ini mendakwa lagi, Aliff telah tinggal di rumahnya selama sebulan sehingga shooting drama habis tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan Ruhainies.


Tetapi, Aliff kantoi apabila Sarah Yasmine membaca perbualan dengan seorang wanita yang bernama ‘NRF’ di Whatsapp.
Dalam mesej itu, Aliff dan NRF dipercayai Ruhainies ‘bersayang sayang’ seakan mempunyai hubungan istimewa.


Lebih mengejutkan apabila NRF dikatakan membolakkan hati Aliff terhadap Bella. Dan apa yang dibuat Aliff selama ini adalah untuk melindungi NRF.
Sarah Yasmine dipercayai sudah menghubungi NRF sendiri dan NRF dikatakan mahu mengundurkan diri tetapi tidak. Berasa tertipu, wanita ini tampil mendedahkan isu ini kepada umum.
Kredit: Instagram Sarah Yasmine
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM