Connect with us

Oh! Media

Peminat Sedia Kumpul Dana Buat Rita Rudaini

Aidil Dan Rita

Oh! Artis

Peminat Sedia Kumpul Dana Buat Rita Rudaini

Kontroversi antara Aidil Zafuan dan Rita Rudaini makin panas apabila adik kepada Aidil, buat laporan fitnah ke atas Rita. Berikutan itu, tular di media sosial, peminat Rita berkata sedia kumpul dana untuk lantik peguam buat pelakon itu.

BACA: Kembar Hanya Doakan Yang Terbaik Buat Aidil Zafuan Dan Rita Rudaini

Difahamkan, idea pengumpulan dana itu disebabkan oleh laporan polis yang dibuat Zaquan Adha mendakwa dirinya telah difitnah Rita Rudaini.

IKLAN

Peminat kepada Rita juga menyatakan pengumpulan dana ini untuk menunjukkan sokongan dan rata-rata bersetuju dengan komen yang dikongsikan di media sosial.

Komen netizen

Saya team Rita! Kalau tidak cukup dana untuk lantik peguam, tolong buka tabung. Saya dan wanita seluruh Malaysia sedia untuk menyumbang.

Jom sama-sama kita mula kumpul duit untuk Rita. Dapatkan peguam terbaik untuknya.

Berikutan laporan polis dibuat, Zaquan juga menyatakan punca besar adalah disebabkan kenyataan yang dibalas oleh Rita.

Sebelum ini, Rita mendakwa adik iparnya yang cerita bayi yang dikandungnya bukan anak abangnya.

Semoga kemelut antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berakhir dengan segera.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas