Connect with us

Oh! Media

(Video) Lelaki Tergamak Mahu Lemaskan Kekasih Sebab Tak Mahu Gugurkan Kandungan?

untitled design   1

Oh! Tidak

(Video) Lelaki Tergamak Mahu Lemaskan Kekasih Sebab Tak Mahu Gugurkan Kandungan?

Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang lelaki sengaja melemaskan kekasihnya di kolam renang. Apa kes ni?

Menerusi satu hantaran di X, kejadian itu berlaku di sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor dimana lelaki itu melakukan perkara itu kerana wanita itu tidak mahu menggugurkan kandungannya. Allahu!

5d9d5e52 3a49 43e6 a77d 3d5c3283b153

Kalau korang tengok video tu, lelaki itu menarik rambut wanita itu berkali-kali sebelum mencampakkannya ke dalam kolam. Ganas betul!

IKLAN

Perkara ini berlaku semalam (kelmarin) apabila kawan saya mendengar jeritan di bahagian luar rumah. Dia keluar ke balkoni dan melihat seorang lelaki memukul seorang wanita berkali-kali dan cuba untuk melemaskannya.

img 6546

Dia turun ke bawah dan cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Tidak lama kemudian, pengawal keselamatan tiba. Wanita itu memberitahu yang dia hamil dan enggan menggugurkan kandungan. Selepas itu, dia diserang.

Rakan saya juga memberitahu bahawa wanita itu mempertahankan lelaki tersebut selepas pengawal keselamatan muncul sambil berkata ‘leave them alone’.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan mengenai perkara itu sebab masih belum ada apa-apa pengesahan dari pihak berkuasa.

Kredit: X

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas