Oh! Artis
“Kalau Betul Berlaku..” – Abby Abadi Tak Pernah Menangkan Marissa, Nafi Minta Bercerai
Nama Marissa Dania sekali lagi kecoh selepas tular dakwaan mengatakan anak perempuan Abby Abadi dan Norman Hakim ini sudah menikah di Thailand.
BACA: Norman Hakim Dan Abby Abadi Didakwa Tak Setuju Marissa Dania Dan Aslam Bernikah, Minta Berpisah?
Namun tiada sebarang kenyataan atau respon yang diberikan Marissa mahupun kedua ibu bapanya untuk mengesahkan dakwaan tersebut.
Terbaru, pelakon Abby Abadi menegur laporan sebuah portal tempatan yang didakwa mereka-reka cerita.

Abby mempersoalkan dari mana wartawan portal menceduk laporan sedangkan dia tak pernah keluarkan sebarang respon.
Pelakon ini juga menafikan dakwaan tular kononnya dia telah meminta Aslam dan Marissa untuk bercerai.
Kata Abby, dia tidak pernah mengiyakan berita pernikahan yang tersebar. Jadi bagaimana boleh timbul laporan dia meminta anak bercerai pula?

Sebagai seorang ibu, pelakon ini tidak pernah membela atau menangkan anak perempuannya sejak isu tersebut timbul.
Jelasnya lagi, jika berita sudah menikah itu benar, Allah SWT adalah sebaik-baik tempatnya mengadu.
Abby berdoa semoga anak-anaknya berada di bawah lindungan Allah SWT sentiasa.
Kredit: Instagram Abby Abadi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM