Connect with us

Oh! Media

(Video) Orang Tua Kena ‘Beduk’ Didakwa Jadi Punca Kemalangan Dengan Van Sekolah

Pukul Orang Tua

Trending

(Video) Orang Tua Kena ‘Beduk’ Didakwa Jadi Punca Kemalangan Dengan Van Sekolah

Tular di aplikasi X video menunjukkan orang tua dipukul orang awam didakwa menjadi punca kemalangan dengan van membawa pelajar sekolah.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki menumbuk cermin dan menendang pintu menyebabkan pemandu yang berdiri di situ tersepit.

Video viral orang tua kena pukul

Seorang lagi lelaki berbadan gempal tiba-tiba datang terus menghayunkan penumbuk mengenai bahagian muka warga emas itu.

IKLAN

Di ruangan komen, netizen mendakwa orang awam naik angin berpunca daripada pemandu yang melanggar lampu isyarat merah.

Perbuatannya itu juga didakwa menyebabkan kemalangan dengan van sekolah hingga ada murid yang pengsan dan cedera.

Warga emas

Namun, orang ramai berpendapat orang awam tak boleh mengambil tindakan sendiri dengan cara memukul warga emas terbabit. Iyalah, dia pun dah tua tak ada kudrat pun nak lawan balik.

Polis
Samseng

Netizen meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera ‘mengutip’ lelaki-lelaki samseng yang terlibat.

Kredit: X MohamadYusofBi6

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas