Connect with us

Oh! Media

Orang Lelaki Dalam Bahaya! Kes Gangguan Seksual Golongan Ini Meningkat

Hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Tidak

Orang Lelaki Dalam Bahaya! Kes Gangguan Seksual Golongan Ini Meningkat

Jadi orang lelaki pun dah tak selamat zaman sekarang ni, hurmm… Ohmedia bukan cakap kosong tapi ini semua datang dari laporan kes yang diterima Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu turut mengesahkan kementerian menerima 1,486 aduan kes berkait gangguan seksual.

Sebanyak 411 kes daripada jumlah itu melibatkan mangsa lelaki weh.

IKLAN

Bagi memastikan gangguan seksual difahami dan meningkatkan kesedaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah melaksanakan Program Jerayawara Kasih KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di 14 negeri melibatkan 19,423 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.

Sebanyak 54 program advokasi telah dilaksanakan dengan pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) melibatkan 9,354 peserta.

Selain itu, promosi serta hebahan juga diperluas melalui media sosial dan media massa melibatkan seramai 3.5 juta pendengar, penonton dan pembaca.

Diharapkan program macam ni diperluaskan lagi bagi memberikan kesedaran betapa pentingnya untuk kita elakkan kes ini terus membarah.

Kredit: BuletinTV3

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas