Connect with us

Oh! Media

Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak-Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

ohmedia pedopng

Umum

Pesalah Pedofil Yang Pernah Jerat 200 Kanak-Kanak Malaysia Dan Kemboja Mati Ditikam

Kalau korang masih ingat, kita pernah dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki warga Britain yang merupakan seorang pedofil dan telah mencabul lebih 200 orang kanak-kanak Malaysia dan Kemboja. Akibat dari itu dia telah dipenjara dan menjalani 22 hukuman penjara di East Yorkshire, England.

Tapi apapun, Ohmedia ada baca satu laporan dari The Sun yang berkata, Richard Huckle yang kini telah berusia 33 tahun telah mati ditikam di dalam selnya.

Jurucakap Perkhidmatan Penjara, ada menyatakan yang Huckel telah ditikam hingga mati dengan pisau buatan sendiri oleh banduan lain dan kini pihak polis masih mengenal pasti alat tajam yang digunakan.

IKLAN

Untuk korang yang mungkin tidak mengetahui siapakah Huckel ini, Huckle sebelum ini telah menjadi seorang jurugambar bebas semasa berada di Malaysia pada umurnya 19 tahun dan dalam tempoh 9 tahun dari 2006 hingga 2014, Huckle telah memerangkap kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 12 tahun untuk mengambil gambar dan video seksual terhadap mangsa.

Apa yang dilakukan dengan bahan seksual kanak-kanak itu? Huckle telah menjadikan sebagai sumber pendapatan dengan meletakkan sumber-sumber berkenaan di dalam dark web. Kejam betul!

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! You Tube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas