Connect with us

Oh! Media

Pemilik iPhone Kini Boleh Muat-Turun iOS 17 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Ohmedia  Iphone

Oh! Geekz

Pemilik iPhone Kini Boleh Muat-Turun iOS 17 Dengan Pelbagai Ciri Baharu

Berita baik bagi pemilik iPhone, kini Apple telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi terbaru, melalui iOS 17. 

iOS 17 membawa sejumlah ciri-ciri baharu, antaranya adalah kebolehan mengawal bentuk paparan skrin pemanggil untuk panggilan telefon.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kemudahan untuk melakukan pertukaran nombor telefon dan emel melalui Namedrop, pemindahan AirDrop secara jarak jauh, sokongan StandBy yang mengubah paparan iPhone ketika mengecas, dan sejumlah ciri baharu yang lain.

IKLAN

Apple ios 17 950x529jpeg

Bagi anda yang berhasrat mengemaskini ke iOS 17, anda boleh ke halaman Settings pada iPhone anda, seterusnya pilih General > Software Update.

Jangan lupa baca fungsi menarik penuh yang dibawakan oleh iOS 17 ini sementara menantikan proses kemaskini berlaku.

BACA: Ini Senarai Harga Siri iPhone 15 Terbaru Di Pasaran Malaysia

Terdahulu, syarikat Apple telah melancarkan empat model iPhone 15 di Malaysia, malah ada beberapa model seperti 14 Pro dan 14 Pro Max tidak lagi ditawarkan.

Kredit: amanz

+ Baca artikel penuh di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Apple ios 17 950x529jpeg
  • Ohmedia  Iphone
  • Apple ios 17 950x529jpeg
  • Ohmedia  Iphone

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas