Oh! Artis
Ain Edruce Joget Sakan Depan Kamera, Suami Hanya Mampu Pandang Jer
Pelakon dan personaliti Ain Edruce kembali menjadi perhatian netizen gara-gara videonya berjoget depan suami di TikTok. Seperti biasa, suaminya Amirul hanya akan buat muka tak bersalah dan hanya melayan sahaja gelagat isterinya.
Bagaimanapun, rata-rata netizen di ruangan komen sudah mula mengkritik Ain yang sebelum ini dikenali dengan perwatakannya yang gila-gila itu.
Kata netizen, Ain seperti tidak kesian dengan suami sendiri kerana berjoget ‘tak ingat dunia’. Ada juga yang mempersoalkan Amirul yang seperti tidak pernah menegur isteri yang selalu terkinja-kinja dan kongsi video itu di TikTok untuk tontonan umum.

Untuk pengetahuan korang, Ain dan Amirul telah mendirikan rumah tangga sejak 13 Disember 2018 dan kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka.
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM