Connect with us

Oh! Media

Adlin Aman Ramli Bagi Pesanan ‘Menusuk’ Khas Buat ‘Influencer’ Berlagak Macam Selebriti

Adlin aman ramli influencer ohmedia

Oh! Artis

Adlin Aman Ramli Bagi Pesanan ‘Menusuk’ Khas Buat ‘Influencer’ Berlagak Macam Selebriti

Adlin Aman Ramli bagi pesanan dekat siapa ni? Tidak dapat dinafikan yang kini sesiapa sahaja boleh jadi popular dan dikenali ramai. Bahkan, generasi muda sekarang dilihat lebih mengenali seorang influencer berbanding artis yang sudah lama dalam dunia seni.

Bagaimanapun, ada sesetengah daripada mereka ini dilihat terlalu ingin menjadi terkenal tanpa kisahkan soal bakat.

“Jangan poyo sangatlah, jangan rasa diva dah KING sangat.” – Adlin Aman Ramli.

Sedar tentang perkara ini, pelakon senior iaitu Adlin Aman Ramli menyambut baik kehadiran orang baru dalam dunia hiburan. Bagaimanapun, mereka tidak perlulah bersikap sombong walaupun ada yang lebih popular.

IKLAN

Dorang kena ada sikap, jangan poyo sangatlah. Jangan rasa macam kau power sangat. Jangan rasa macam korang ni diva dah King sangat.

Jika mereka mengamalkan sikap begini, ia boleh menimbulkan senario yang tak sihat. Ada kelebihan gunakan sebaiknya, cumanya jangan nampak macam hilang rasa hormat kepada orang lebih lama.

Baru-baru ini juga seorang individu mendedahkan ada seorang influencer wanita bertudung tampil seksi nampak lurah.

BACA: Individu Dedah Ada ‘Influencer’ Bertudung Terkenal Buka Tudung Dan Pakai Seksi Nampak Lurah

Adlin Aman Ramli

Adlin turut memberi nasihat agar mereka yang baru dalam dunia seni untuk lakukan kerja seni secara serius dan lebih berdisiplin.

Kredit: mStar

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas