Connect with us

Oh! Media

Israel Takut Berita Mengenai Kekejaman Mereka Tersebar, Arah Tutup Syarikat Televisyen Palestin

ohmedia mediapng

Umum

Israel Takut Berita Mengenai Kekejaman Mereka Tersebar, Arah Tutup Syarikat Televisyen Palestin

Kalau sebelum ni tersebar yang rejim Israel telah menembak mata wartawan Palestin yang sedang bertugas, kini mereka nampaknya bertindak lebih lagi apabila telah mengarahkan agar menutup beberapa pertubuhan Palestin Baitulmaqdis dan ini termasuklah menutup stesen televisyen Palestin.

Seperti biasa, Israel hanya memberikan alasan yang menunjukkan mereka sahaja yang benar dengan menuduh syarikat televisyen ini menyiarkan berita palsu dan bersifat kebencian.




Oleh itu, pihak berkuasa Israel telah menahan Pengarah Syarikat Al-Araz dan beberapa orang wartawan untuk disoal siasat.

IKLAN

Pejabat Palestine TV merupakan rangkaian yang dibiayai Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan pejabat Kementerian Pendidikan Palestin juga di arah tutup selama enam bulan. Pihak bertegas mahu menutup stesen TV tersebut kerana didakwa kononnya telah melanggar kedaulatan mereka dan berunsurkan anti-Israel. – Kata Menteri Keselamatan Umum Israel, Gilad Erdan.

Ini nampaknya satu lagi penindasan ke atas rakyat Palestin dengan menyekat media yang hanya menyebarkan berita yang berlaku kepada penduduk Palestin.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas