Connect with us

Oh! Media

“Memang Perbuatan Ini Sengaja Dilakukan” – Profesor Dr Teo Kok Seong

bendera2bsalahpng

Umum

“Memang Perbuatan Ini Sengaja Dilakukan” – Profesor Dr Teo Kok Seong

Saya sedih dan marah, ini jelas satu pengkhianatan kepada negara apabila rakyat Malaysia tidak tahu bendera negara sendiri. Cari saja di internet, banyak bendera kita yang boleh dijadikan contoh, kenapa perlu menggunakan bintang berbucu lima dengan 11 jalur, memang perbuatan ini sengaja dilakukan. – Itulah kata-kata yang disuarakan oleh Teo Kok Seong.

Profesor Dr Teo Kok Seong adalah Felo Utama InstitUT Kajian Etnik, dari UKM ini meluahkan perasaan ini dan tidak boleh menerima alasan tersilap yang diberikan oleh pihak MABA.

Jalur Gemilang satu lambang kedaulatan negara, jangan ambil mudah. Lebih-lebih lagi ketika ini terlalu banyak insiden berlaku membabitkan bendera negara seperti diterbalikkan, putih jadi hitam dan orang asing pakai seluar dalam bendera kita. Apa yang berlaku ini tidak baik untuk imej negara kerana isu bendera ini berkait soal kedaulatan dan semangat patriotik rakyat Malaysia. Imej negara tercalar dengan perbuatan biadab ini. Walaupun mereka sudah meminta maaf, namun kesalahan yang dilakukan cukup besar. – Kata Teo Kok Seong bila dihubungi Harian Metro.

Dalam perkembangan lain, Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq turut ada menyatakan yang permohonan maaf dan alasan yang diberikan mereka tidak boleh diterima kerana budak 5 tahun pun sudah mengenali bendera negara. Kita tunggu dan lihat sahaja tindakan yang akan diambil hasil siasatan pihak polis.

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas