Connect with us

Oh! Media

Seorang Ibu Tergamak Berikan Makanan Sebulan Sekali Kepada Anak & Biarkan Mereka Makan Kertas Dinding

anak6png

Umum

Seorang Ibu Tergamak Berikan Makanan Sebulan Sekali Kepada Anak & Biarkan Mereka Makan Kertas Dinding

Hari ini apa kata Ohmedia kongsi sedikit kisah yang berlaku di dunia luar negara. Ini berkaitan dengan dua orang adik beradik dari Ukraine berumur 5 dan 1 tahun yang akhirnya berjaya diselamatkan polis selepas dipercayai ditinggalkan kebuluran oleh ibu mereka.

2 beradik ini sewaktu ditemui dalam keadaan yang sangat lemah sehingga terpaksa memakan wallpaper rumah dan bekas styrofoam. Kemana perginya ibu mereka? Hmm, ada jer dalam rumah tu dengan anak-anak dia, tapi tergamak mengabaikan tanggungjawab dan hanya memberikan makanan sekali untuk sebulan.

Kisah ini disebarkan oleh Daily Mail dan wanita terbabit tinggal bersama teman lelakinya di dalam rumah yang sama. 2 beradik ni bernasib baik sebab salah seorang jiran menyedari yang mereka tidak diberi makan sekian lama dan terus melaporkannya kepada pihak berkuasa.

IKLAN

Wanita itu dan teman lelakinya seringkali bertengkar dan bergaduh antara satu sama lain. Mereka sentiasa menjerit dan memarahi kanak-kanak itu serta diabaikan sehingga keadaan mereka dilihat terlalu kotor. Keadaan yang dilihat amat teruk sekali apabila tandas di rumah itu rosak menyebabkan mereka hanya menggunakan tab mandi yang diselaputi kotoran tebal dan cacing membiak di situ. Ada bau yang terlalu busuk hingga sukar untuk bernafas. Kanak-kanak ini tidur beralaskan kain yang kotor, makan menggunakan pinggan yang tidak dibasuh dan bermain di atas lantai yang dipenuhi dengan sampah. – kata jiran mereka.

Sekarang, 2 beradik itu telah dibawa ke hospital bagi pemeriksaan kesihatan setelah mengalami kekurangan zat dan jangkitan kutu. Ibu mereka pula kini telah difailkan saman akibat mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas