Connect with us

Oh! Media

Ibu Dah ‘Contact’ Tapi Senyap, Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Jernihkan Keadaan

Puteri Balqis 2

Oh! Artis

Ibu Dah ‘Contact’ Tapi Senyap, Qistina Raisah Mahu Puteri Balqis Jernihkan Keadaan

Pelakon cilik Puteri Balqis baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan menyelar seorang pelakon berusia 14 tahun yang dikatakan berperangai menjengkelkan.

Puteri Balqis atau lebih popular dengan panggilan Aqish mendakwa dia telah disindir individu berkenaan. Individu berkenaan juga didakwa membandingkan kecantikan dengan dirinya membuatkan Aqish mempersoalkan adakah individu itu pernah menang anugerah dalam lakonan.

BACA: “Tayang J*bo Hari-Hari, Tapi Berlakon Satu Award Pun Tak Ada” – Puteri Balqis

IKLAN

Walaupun tak menyebut nama, ramai netizen mula mengesyaki individu yang dimaksudkan adalah Qistina Raisah. Netizen mula meninggalkan komen di media sosial Qistina memohon penjelasan.

Menerusi laporan mStar, Qistina menafikan dakwaan mempunyai masalah dengan pelakon itu. Dia juga menafikan menyindir Aqish terlebih dahulu.

@mstarmalaysia Part 1 – Qistina Raisah malu kena sindir, minta Puteri Balqis cerita perkara sebenar! #SembangEntertainment #QistinaRaisah #mStar ♬ original sound – mStar Official

Jelas Qistina, ibunya ada menghubungi ibu Puteri Balqis bertanyakan mengenai hal itu tetapi mereka hanya diam tanpa sebarang respon.

Menurut Qistina lagi, dia terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan Aqish. Walaupun namanya tak disebut, netizen mula menyerang dirinya dan Aqish hanya diam seolah-olah mengiyakan khabar angin tercetus.

@mstarmalaysia

Part 2 – Qistina Raisah malu kena sindir, minta Puteri Balqis cerita perkara sebenar! #SembangEntertainment #QistinaRaisah #mStar

♬ original sound – mStar Official

Jika benar hantaran ditujukan kepadanya, pelakon ini tak sangka serendah itu Puteri Balqis memandangnya hanya kerana dia tak pernah terima anugerah.

Saya tak sangka dia pandang saya macam tu, memang tak ada perli-perli. Gaduh tu dengan orang lain, dengan Aqish langsung tak terlintas.

Tidak mahu isu yang terjadi berpanjangan, Qis meminta agar pelakon remaja berumur 16 tahun perjelaskan hal sebenar secara terbuka dan memberitahu kepada umum bahawa semua yang berlaku adalah salah faham.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas