Connect with us

Oh! Media

Kementerian Kesihatan Akan Siasat, Seorang Ibu Kecewa Bayi Dicucuk Jarum Sebanyak 10 Kali

ohmedia2bbayi2bjarumpng

Umum

Kementerian Kesihatan Akan Siasat, Seorang Ibu Kecewa Bayi Dicucuk Jarum Sebanyak 10 Kali

Adoi, kalau betul la dia gunakan bayi ni untuk training, memang tak patut betul. Baru-baru ni viral gambar yang menunjukkan tangan seorang bayi yang telah dicucuk jarum sebanyak 10 kali.

Perkara ini dikongsikan oleh seorang ibu di Facebook yang meluahkan rasa sedihnya apabila melihat tangan anaknya telah dicucuk sebanyak 10 kali bagi mendapatkan darah.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Kesihatan mengatakan pihaknya akan menyiasat perkara itu kerana sepatutnya seorang pegawai perubatan hanya boleh melakukan dua kali percubaan untuk memasukkan jarum sebelum dirujuk kepada pegawai berpengalaman.

IKLAN

Bayi yang dimasukkan ke hospital perlu terima rawatan. Masalah yang sering dihadapi bayi ini mempunyai saluran darah yang kecil dan ia bukan senang untuk dapatkan saluran itu. Menjadi amalan kita kalau doktor tersebut gagal dua kali, dia perlu rujuk kepada doktor senior. Tidak boleh mencuba hingga 10 kali. Bagaimanapun, kita akan siasat. – Kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Memang kita semua sedia maklum yang memang ada pelatih yang bertugas di hospital dan jika tidak kita pesakit yang menjadi tempat mereka untuk berlatih, macam mana nak jadi seorang yang pakar. Tapi diharapkan anda ikutlah proses yang sepatutnya.

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas