Oh! Tidak
Seminggu Kahwin, Pengantin Baru Menangis Kerana Penat Jadi Isteri, “Biasa Bangun Jam 11”
Pada
Oleh
Bila dah berumah tangga, pasangan suami isteri mempunyai satu tanggungjawab baru yang harus dipikul. Mereka mula berdikari dan tak lagi bergantung dengan orang tua seperti waktu bujang dahulu.
Seperti video viral di TikTok ini, seorang wanita menangis mengadu letih selepas seminggu berkahwin. Menurut pengantin baru itu, selama dia hidup segala urusan rumah termasuk memasak disediakan oleh ibu.
@baihakidisini lucuu bangett istrikuuu 😅 #fyp #foryoupage #couple ♬ Backsound Lucu – Faid rafanda
Bila berkahwin, dia mula belajar bangun pagi untuk menyediakan sarapan kepada suami. Wanita itu merindukan rutin bujang di mana dia bangun pada pukul 11 pagi.
Penat urus orang. Biasa ibu yang uruskan semuanya. Bangun pagi-pagi mengantuk. Selalu bangun pukul 11 dan makanan dah ada atas meja.
Dengan linangan air mata, si isteri berkata dia sangat mengantuk dan meminta suami untuk menyediakan makanan sendiri. Namun, suami memujuknya berkata lama-kelamaan isteri akan terbiasa dengan rutin baru itu.

Setakat ini, video perkongsian itu telah mendapat lebih 44 juta tontonan dan 80,000 komen. Rata-rata meluahkan rasa terhibur melihat gelagat pengantin baru itu. Tak kurang juga yang bimbang dengan nasib mereka apabila berkahwin kelak. Iyalah, bila dah kahwin mana boleh buat perangai bujang ye dak?
Kredit: TikTok
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Seorang bekas pemain bola sepak didakwa di Mahkamah Majistret Alor Setar atas pertuduhan mengedar dadah jenis...
Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso menyifatkan seruan memboikot produk mereka yang beroperasi di Malaysia sebagai isu...
Seorang guru wanita mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cuai selepas didakwa melanggar dua pelajar di...
Guru wanita berusia 57 tahun yang merempuh dua pelajar Tingkatan Satu di hadapan surau SMK Tanjong...
Waris mangsa nahas helikopter Flying Doctor Service (FDS) mempersoalkan isu kebajikan dan pampasan selepas tragedi di...