Connect with us

Oh! Media

Selamat Bertunang Dengan Peguam, Ini Merupakan Bakal Isteri Noh Hujan

Tunang Noh Hujan

Oh! Artis

Selamat Bertunang Dengan Peguam, Ini Merupakan Bakal Isteri Noh Hujan

Selepas bercerai dengan Mizz Nina pada Ogos tahun lalu, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan seorang wanita semalam.

BACA: “11 Tahun Yang Indah” – Noh Salleh Mengaku Dah Berpisah Dengan Mizz Nina

Memetik sumber Kosmo!, Noh dan tunangnya yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam akan disatukan pada 23 September akan datang.

IKLAN
Noh Hujan Bertunang

Majlis tersebut diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat di kediaman keluarga wanita terbabit di Putra Heights Subang Jaya, Selangor.

Noh Hujan Tunang Peguam

Berita tersebut dikongsi oleh sumber terdekat yang juga kenalan kepada ibu bapa bakal isteri Noh. Sumber menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

Kami dimaklumkan tuan rumah mengadakan majlis pertunangan anaknya, sekali dengan rumah terbuka Syawal yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat.

Ketika tiba di kediaman mereka sekitar pukul 3 petang tadi majlis pertunangan sudah selesai, tetapi Noh serta keluarganya masih berada di sana.

Berkongsi dengan lebih lanjut, sumber Kosmo! berkata wanita tersebut dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa berumur 30 tahun. Fatin minat terhadap muzik dan berkebolehan bermain gitar serta menyanyi.

Tunang Noh

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas