Connect with us

Oh! Media

Myvi Biru Pula Buat Hal, Dikatakan Telah Menyamun Orang Kurang Upaya

ohmedia2bmyvi2bbirupng

Umum

Myvi Biru Pula Buat Hal, Dikatakan Telah Menyamun Orang Kurang Upaya

Semalam kecoh di media sosial satu rakaman video yang menunjukkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi warna biru telah dikejar beberapa buah motosikal di Jalan Tun Razak petang semalam. Myvi berkenaan bertindak melanggar semua kenderaan yang ada dihadapannya dan telah menimbulkan persoalan kepada netizen, apa yang berlaku sebenarnya?

Bagaimanapun, melalui dari perkongsian netizen mengatakan yang pemandu Myvi berkenaan telah dilihat melarikan diri dari dicekup orang ramai apabila telah menyamun seorang Orang Kurang Upaya di Jalan Alor.

IKLAN


Melalui rakaman video yang tersebar, kita dapat melihat lebih 20 buah kenderaan telah dilanggar oleh suspek sebelum berjaya diberkas orang ramai yang mengejarnya menggunakan motosikal.

Suspek tidak berjaya meloloskan diri apabila kenderaanya rosak teruk dari perlanggaran sehingga menyebabkan tayar hadapannya meletop. Suspek kemudian dibelasah orang ramai kerana bengang dengan tindakan bodoh pemandu berkenaan yang telah membahayakan pengguna jalan raya dan orang ramai sehingga menyebabkan kerosakan kenderaan lain. Suspek kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa.


+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas