Connect with us

Oh! Media

Akibat Membela Nasib Etnik Islam Uighur, Penyokong Mesut Ozil Bertindak Buang & Bakar Jersi Ozil

mesut ozil diskriminasi 780x470jpg

Umum

Akibat Membela Nasib Etnik Islam Uighur, Penyokong Mesut Ozil Bertindak Buang & Bakar Jersi Ozil

Rasanya semua tahu yang baru-baru ini, pemain Arsenal, Mesut Ozil telah mengutuk Kerajaan China kerana telah menindas etnik Islam Uighur dan kesan dari itu, Kerajaan China telah menarik semua tayangan siaran langsung perlawanan yang melibatkan pasukan Arsenal di kaca TV.

Sekarang, penyokong Arsenal di China pula menunjukkan protes kepada Ozil dengan membakar jersi dan semua merchandise yang berkait dengan Ozil dan video keadaan ini dimuat naik dan tersebar di laman sosial.

Ozil sememangnya merupakan seorang pemain yang beragama Islam, dan ini sememangnya akan menaikkan kemarahan mereka di China. Penyokong Arsenal di China turut menyerang akaun Instagram milik Ozil dengan cacian dan kecaman.

IKLAN

Penyokong Arsenal di China sangat kecewa dengan apa yang diungkapkan Ozil yang pernah menjadi pemain kesayangan kami. Jika anda (Ozil) cuba menyerang China, kami tidak akan berdiam diri. Sebagai penyokong bola sepak dari China, saya sangat kecewa. Kenapa anda tidak fokus kepada bola sepak sahaja? Sebagai seorang pemain yang terkenal, anda sepatutnya tahu apa yang boleh anda katakan. – Antara komen penyokong kepada Ozil.

A post shared by Mesut Özil (@m10_official) on



Jadi bagaimana pula dengan kita?

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas