Connect with us

Oh! Media

Tiba Di Mahkamah, Farid Kamil Bawa Bunga Untuk Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian

Farid Kamil Cerai

Oh! Artis

Tiba Di Mahkamah, Farid Kamil Bawa Bunga Untuk Diana Danielle Sebagai Tanda Pendamaian

Pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle hari ini tiba di Mahkamah Syariah Subang Bestari, Shah Alam Selangor untuk sebutan semula kes penceraian mereka.

Memetik sumber Malaysia Gazette, Diana sampai terlebih dahulu memakai jubah serba hitam susuli Farid beberapa minit kemudian.

Farid Kamil bawa bunga ros

Farid Kamil Bawa Bunga Ros

IKLAN

Apa yang menarik perhatian media apabila Farid membawa bersama sejambak bunga ros merah untuk diberikan kepada isterinya.

Jelas bapa kepada dua anak itu, bunga adalah sebagai tanda pendamaian pertama buat Diana daripada dirinya.

Terdahulu, mahkamah menetapkan pasangan itu menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas Farid enggan melafazkan cerai terhadap permohonan yang dibuat Diana Danielle.

Diana membuat permohonan pada awal Februari lalu dengan alasan berlaku shiqaq berpanjangan dan mereka sudah tidak persefahaman.

Kredit: Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas