Connect with us

Oh! Media

Sering Ingkar Arahan, Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet!

Ohmedia maszlee 1png

Umum

Sering Ingkar Arahan, Tun Mahathir Tulis Surat Minta Maszlee Malik Tarik Diri Dari Jawatankuasa Kabinet!

Sumber gambar dari SelangorKini

Beberapa hari lepas Maszlee Malik telah menggemparkan rakyat Malaysia apabila beliau mengumumkan perletakan jawatan dari memegang portfolio Menteri Pendidikan Malaysia. Perletakan ini telah mengundang pelbagai reaksi rakyat Malaysia disaat isu Jawi sedang hangat diperkatakan berikutan tindakan Dong Zong yang mengadakan kongres membantah pembelajaran Jawi disekolah vernakular.

Berdasarkan info yang Ohmedia tahu, menurut laporan The Malaysian Insight, sepucuk surat yang ditulis sendiri oleh Tun Mahathir sebanyak 17 perenggan telah mendedahkan kegagalan Maszlee Malik mengikut nasihat terutama dalam isu pengenalan tulisan jawi, internet percuma sekolah, program sarapan percuma sekolah serta menentang cadangan memisahkan porfolio Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Maszlee Malik juga telah melanggar beberapa kali keputusan Kabinet.

Diakhir surat berkenaan, Tun Mahathir telah mengeluarkan arahan yang meminta Maszlee Malik menarik diri dari jawatankuasa Kabinet. Dalam sidang media khas yang diadakan, Maszlee Malik menghormati keputusan Tun Mahathir dalam hal ini dan menerima  keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka dan redha.

IKLAN

Sumber: Sinar Harian

+Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh Youtube


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Safiqri Safrudin
Safiqri, bekas Penulis Konten dan Ketua Multimedia di Oh! Media, yang bertanggungjawab mencipta pelbagai kandungan menarik eksklusif untuk platform Oh! Media. Kini, beliau meneruskan perjalanan kerjayanya sebagai seorang guru yang berdedikasi di Sarawak.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas